Wednesday, 18 January 2012
Pertandingan Tertutup Badminton Amatur BPP 2012
Minggu lepas pada 14/01/2012 telah berlangsungnya Pertandingan Badminton yang telah dianjurkan oleh aku sendiri,..Mulanya plan nie ku ngan adik aku naze jer..saja sembang-sembang time nak tdo..ku buat pon sebab Kelab Sukan kat ofis ku dah tak buat dekat 2 tahun da..Mulanya nak ajak member-member je join..tak sangka sambutan sungguh memberangsangkan..Aku terpaksa la ajak member-member ku tolong macam si Leman,Roslan,Mokhtar,Bakar,.saie,fizal and zaidi..Orang nampak cam nak arrange benda nie macam senang je..Tapi seriously memang banyak pakai modal..Nak kena cari sponsor lagi..Kena maki ngan orang atas...adoyai..Ku kira-kira sume dalam seribu gak la abis..aish..Ramai gak team yang masuk dalam 26 regu...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Team aku dengan adik aku berjaya gak la dapat naib johan....Dalam 2,3 bulan lagi kelab sukan bpp nak wat,(dah aku wat baru nak wat..dan2 je.ceh..)...InsyaAllah..pada masa akan datang boleh buat lagi..best gak ada aktiviti2 yang macam nie..hihihi...
Wednesday, 4 January 2012
3 Perkara Yang Dapat Kita Belajar Daripada Zizan Raja Lawak
Zizan dengan Ustaz Azhar Idrus |
- Zizan Raja Lawak. Siapa tidak kenal. Ustaz Azhar Idrus pun saja buat-buat tak kenal bila Zizan telefon dia. Zizan, seperti mana yang diketahui pernah ‘terlanjur’ kata dalam filem Hantu Bonceng. Dia mengaku tersilap. dia pun telah merujuk Ustaz Azhar dalam hal ini. Bukan mudah mengaku silap. Lagi-lagi dalam kedudukan seorang yang bertaraf selebriti.
1. Mengaku Silap
Kita semua manusia. Tidak sempurna.
Begitu juga dalam urusan wang kita. Ada perkara yang barangkali kita telah buat silap. Kita kena tahu kita silap dan kita kena akui kesilapan kita.
Ini dinamakan exit strategy.
Barangkali plan pelaburan kita adalah A,B,C. Namun, apabila kita melaksanakan plan tersebut ia tidak menjadi. Rupanya kita tersilap. Jangan tunggu lama-lama.
Keluar dari pelaburan tersebut.
2. Bertanya Kepada Yang Lebih Tahu
Zizan merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.
Isu filem hantu bonceng. Isu nak buka karaoke. Dan terbaru, berganding bersama Ustaz Azhar sendiri dalam sambutan malam tahun baru 2012 di Shah Alam.
Justeru, pastikan kita mempunyai orang yang dapat kita rujuk apabila berhadapi situasi tertentu dalam urusan pelaburan kita. InsyaAllah, ada jalan yang terbaik.
3. Life Goes On
Jika bisnes gagal, jangan kecewa tertonggeng.
Pelaburan rugi, tidak perlu bersedih. Kita belum mati.
Itu adalah asam garam dunia bisnes dan pelaburan. Hanya skim cepat kaya menjanjikan untung sampai bila-bila.
Zizan barangkali berada tahap moral yang sangat ‘low’ sekitar isu Hantu Bonceng. Satu Malaysia kutuk dia. Namun alhamdulillah, berkat dia mengaku salah, merujuk kepada orang yang lebih tahu dia menjadi lebih popular dan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus lagi.
Kerugian yang lepas tu lepas lah. Buat yang baru.