Wednesday, 26 September 2012

Gambar Ikonik "The Fallingman" dan Penerjun WTC Yang Lain


Siapa lelaki ini?
Siapa ambil gambar ini
Apa yang difikirkan si lelaki disaat akhir hidupnya

Bila seseorang terjun dari WTC mereka akan mencapai kelajuan terminal 150 batu sejam. Masa yang diambil untuk terhempas ke tanah pula adalah lebih kurang 10 saat. Beberapa hari selepas 911 aku banyak mendengar orang berkata

"Kalau terjun dari ketinggian sebegitu aku rasa mati sakit jantung dulu sebelum mati berkecai"

I think this is utter bullshit. Most pictures and videos of jumpers I saw showed them flailing prior to turning into a pool of liquid. I think people who told the story above were just trying to comfort themselves. Believing that someone died before exploding like a watermelon would probably help you sleep easier than thinking about "what were the things these people were thinking in the last 10 seconds of the life"

Selepas dua pesawat menghentam sisi WTC kebakaran besar berlaku akibat kombinasi koktel minyak kapal terbang dan barangan pejabat. Dari laporan saksi, selama sejam setengah hinggalah kedua-dua menara ini roboh mangsa yang terperangkap mula terjun. Ada yang terjun berseorangan. Ada yang berpegangang tangan. Mereka terjun satu persatu menemui ajal mereka. Terjun kerana tidak tahan bahang api yang membakar. Terjun kerana sesak nafas kerana asap yang tebal. Aku tak boleh letak diri aku dalam situasi dimana aku perlu memilih how to die. Kamu boleh? Pilih mahu mati lemas, mati terbakar, mati dihimpap menara yang roboh atau terjun dan membunuh diri kamu dahulu sebelum 3 pilihan kematian yang aku katakan tadi tiba?

Kembali kepada gambar ikonik diatas. Gambar ini diambil oleh Richard Drew, seorang jurugambar Associated Press. Pada hari kejadian beliau sepatutnya mengambil gambar sebuah pertunjukan fesyen ibu mengandung. Setelah menerima panggilan dari bossnya beliau bergegas ke WTC dan membawa lensa 200MM sekali bagi merakamkan hari yang bersejarah ini. Beliau mula mengambil orang yang terjun dari bangunan. Dalam banyak-banyak gambar yang beliau ambil gambar diatas ialah gambar yang paling menarik perhatian beliau. Tidak seperti gambar pelompat lain mangsa didalam gambar diatas nampak tenang. Seakan menerima nasib dan ajal beliau. Fakta menarik tentang Richard Drew ialah beliau jugalah jurugambar yang mengambil gambar Senator Robert Kennedy selepas beliau ditembak oleh Sirhan Sirhan pada tahun 1968 



siapakah mangsa dibawah? Pada awalnya beliau dikenal pasti sebagai Norberto Hernandez, seorang pekerja restoran yang berasal dari Puerto Rico. Tetapi selepas ahli keluarga Norberto yang diberikan beberapa keping lagi gambar yang diambil oleh Richard Drew, mereka menolak kemungkinan lelaki didalam gambar itu adalah Norberto. Identiti lelaki ini akhirnya dikenalpasti sebagai Jonathan Briley (43) seorang pekerja restoran Windows of The World yang berada di tingka 106 dan 107.Jonathan berasal dari New York dan mempunyai seorang isteri. Jasad beliau berjaya dikenal pasti oleh abang beliau melalui kasut dan baju berwarna jingga yang dipakainya. Kasut yang dipakai beliau kini diletakkan didalam garaj milik abang beliau sebagai memorial bagi Jonathan. 


Sepuluh tahun sudah berlalu. Akhirnya dua persoalan yang muncul didalam kepala aku sedekad lalu terjawab. Satu sahaja soalan yang masih menjadi misteri dan tidak akan aku ketahui iaitu jawapan kepada apa yang difikiran Jonathan Briley beberapa ketika sebelum ajal. 



Monday, 24 September 2012

Broga Hill Hiking

22/9/2012 hari Sabtu yang lepas aku,awek aku dan jugak kawan-kawan opis telah pergi mendaki bukit Broga neh..Macam aku memang tak penah pergi lagi tempat nie so rasa excited cikit la..hahaha..Orang cakap kalau nak mendaki kena datang awal-awal sebab nak tengok matahari naik kan..huhu...Nak dijadikan citer,.pagi tue masa nak bangun kul 3 pagi,..memang susah giler..al maklumlah,hujan tengah lebat masa tue...Rasa cam malas je nak pergi..Tapi dengan kudrat yang ada aku gagahi jua..chewahh..hahaha...Plannye sume berkumpul kat perkarangan opis BPP lam kul 4 pagi then gerak sama-sama.
Lepas dah gerak tue sampai je Semenyih kitorang solat subuh dlu kat masjid...Bila sume dah selesai aktiviti ke Broga diteruskan..masa tu hujan dah berhenti dah..Lega la cikit..huhu..kannye apa..nak naik bukit tinggi kan..nanti hujan licin jatuh susah pulak..betol tk?..
Kitorang sampai lam kul 7 camtu la..lewat gak..Tapi orang dah ramai dah time tue...Dengan pelancong,budak skolah lagi..Lepas berkumpul doa-doa cikit baru gerak..Perghh..aku nie dah la lama tak naik gunung..panas badan pon tak terus naik je..memang lenguh kaki weh..Berbagai rintangan dan halangan ku tempuhi..Tambah-tambah Chenta pon ada sekali..kena cover n jaga dia sekali la..huhu..Walaupon penat tapi ceyes..memang PUAS hati..Bila dah sampai ke puncak tue..sume keletihan tue hilang...Rasa cam nak pergi lagi plak..huhu...Pape pon pada kawan-kawan yang nak datang ke bukit broga tue datang la awal-awal pagi eh..datang lambat panas la jawabnya..hihi..ok guys..nie je coretan dariku untuk anda semua..hahaha..SaLam....

PeTa ke Broga Hill

Thursday, 20 September 2012

Fakta Menarik Mengenai Gangnam Style

Ye.. Gangnam Style bukan bermakna "Pujian Untuk Yahudi" dan no...... ianya bukan video cinta Jesus seperti yang anda baca di Facebook. Ini fakta sebenar..  








Patung Aksi Iron Man Mark VII

Patung aksi Iron Man Mark VII dari filem Avengers meneruskan tradisi Hot Toys dalam penghasilanm patung aksi yang terbaik di pasaran. Untuk Mark VII, patung aksi ini didatangi pelat baju zirah yang boleh ditukar untik kelihatan seperti rosak teruk selepas Iron Man bergochoh dengan aliens di akhir filem Avengers. Selain itu ia juga didatangi aksesori standard seperti tangan, kepala Tony Stark serta topeng dan dada yang berlampu. Totally awesome. Expect to pay upwords of RM700 untuk figura aksi ini.. 


Kanavos : Telefon Pintar WP8

Windows Phone 8 ialah sistem operasi mobil terkini dari Microsoft. Ianya bakala memudahkan integrasi antara laptop, tablet ataupun desktop sekiranya anda menggunakan Windows 8 kelak. Kebanyakkan telefon pintar WP8 yang bakal dikeluarkan kelihatan menarik dengan warna-warna garang. Di dalam pasaran telefon yang dipenuhi telefon bewaran gelap, telefon Windows 8 yang bakal dijual panstinya akan stand out from the crowd. Keunikan sistem operasi WP8 ialah ianya menggunakan antaramuka grid yang kemas. Ini berbeza dari antaramuka IOS dan juga Android.

Alexandros Stasinopoulos seorang pereka industri dari Greece menghasilkan KANAVOS, sebuah konsep telefon WP8 yang melakukan integrasi sistem grid pada antaramuka WP8 dengan rekaan fizikal telefon ini sendiri. Hasilnya ialah rekaan telefon pintar yang menarik pada pandangan kami. Rekaan ini lebih logikal berbanding kebanyakkan telefon pintar WP8 yang lain. Kami berharap pihak Nokia akan mengambil rekaan Alexandros Stasinopoulos dan menjadikannya realiti. We will definitely buy it. Perfecto!  





2012/13 Champions League Fixtures and Results ; Thursday, September 20, 2012

  HomeScoreAwayStageVenue

Chelsea 2-2 Juventus Group E Stamford Bridge (40,918)

Shakhtar Donetsk 2-0 FC Nordsjælland Group E Donbass Arena (51,624)

Bayern Munich 2-1 Valencia Group F Allianz Arena (65,374)

Lille 1-3 BATE Borisov Group F Grand Stade Lille Métropole (43,215)

Barcelona 3-2 Spartak Moscow Group G Estadio Camp Nou (82,241)

Celtic 0-0 Benfica Group G Celtic Park (53,373)

Braga 0-2 CFR Cluj-Napoca Group H Braga Municipal (24,000)

Manchester United 1-0 Galatasaray Group H Old Trafford (74,653)

2012/13 Champions League Fixtures and Results ; Wednesday, September 19, 2012


HomeScoreAwayStageVenue

Dinamo Zagreb 0-2 FC Porto Group A Maksimir Stadium (15,000)

Paris Saint-Germain 4-1 Dynamo Kiev Group A Parc des Princes (48,000)

Montpellier 1-2 Arsenal Group B Stade de la Mosson (30,000)

Olympiakos 1-2 Schalke 04 Group B Karaiskaki Stadium (28,000)

AC Milan 0-0 Anderlecht Group C Stadio Giuseppe Meazza (20,000)

Málaga 3-0 Zenit St Petersburg Group C Estadio La Rosaleda (28,000)

Borussia Dortmund 1-0 Ajax Amsterdam Group D Signal-Iduna-Park (80,500)

Real Madrid 3-2 Manchester City Group D Estadio Santiago Bernabéu (67,000)