Wednesday, 11 July 2012

ANNELIESE MICHEL/EMILY ROSE


SEDIKIT FAKTA MENGENAI KES ANNELIESE MICHEL/EMILY ROSE :

 ☻Dia dikatakan telah dirasuk oleh 6 roh jahat yg dikenali sebagai roh² Judas Iscariot, Nero, Cain, Adolf hitler dan Valentin fleischmann (seorang paderi Perancis pada kurun ke 16) dan juga roh yg dikenali sebagai Lucifer (dikatakan sebagai syaitan).

☻Anneliese mati pada 1 Julai 1976. Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah daripada roh² jahat tersebut pada tarikh tersebut.

☻Peguambela memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yang pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan. Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.

☻Sebelum perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telah meminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dari daerah selatan Bavaria yang menyatakan dia telah mendapat visi yang menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan. Setelah 2 tahun ditanam, pada 25.2.1978, mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi² tersebut tidak dibenarkan melihat mayat berkenaan. Mayat tersebut dipindahkan ke dalam sebuah keranda yg lebih baik. Keadaan mayat tersebut tidak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab² yang tidak dijelaskan.

Kisah emily yang telah difilemkan


Wednesday, 4 July 2012

The amazing spider man 4/7/2012 Lokasi: ALAMANDA





Yeay...petang sat lagi aku,my chenta (DiLa),Nikman and Hafiz nak pie tengok citer nie..3D lagi tue..hahaha..Tiket dah beli on9 dah semalam...huhuhu..Rasa excited la pulak sebab dah lama tunggu..Sebabnya,,nak tengok cara arahan dari pengarah lain pulak direct movie Spiderman nie.Dulu Sam Raimi je..cast untuk movie nie pon sume tuka..terbaekk..ngee..Kalau diikutkan plan ramai lagi yang join tapi last-last minit boleh tak jadi pulak..aduyai..Adik aku si Nazir nak pie tengok dgn gf die...So dimaafkanlah kn..
 Pasal my chenta lak 'cik puan diela' (hehehe..jangan mara haa)..mula-mulanya majok tak nak pie,tetapi setelah dipujuk akhirnya akur dengan keputusan adinda tercinta..chewahhh,.. 
  Yang bff aku si Nikman dengan Hafiz lak 1 kes..Bila aku beli tiket dulu mara+majok..Yela..dalam group kitorng sesape yang nk tengok wayang or ape-ape even kena bagitawu..tak ley nak rahsia-rahsia,..kalau tidak lupa member katanye..hahaha..macam-macam...
 Anyway...pada korang-korang,member-member yang minat Spiderman tue cepat-cepat pie beli tiket eh..Dah macam pisang goreng panas da..cepat je abis..k..see ya in the next post..chowzzZZzz!!

“Total Recall” Filem Futuristik Tahun 2084



Filem terbaru lakonan Colin Farrell, Kate Beckinsale dan Jessica Biel ini mengisahkan tentang peperangan antara 2 pihak di Bumi. Konflik menjadi semakin serius apabila seorang lelaki bernama Douglas Quaid (Colin Farrell) yang hanya seorang pekerja kilang telah mengunjungi sebuah pusat yang mampu menanam implan memori artifisial yang boleh mengikut kehendak hidup yang diinginkan si pengguna. Namun, Quaid menjadi semakin sangsi apabila selepas menjalani pembedahan implan memori tersebut, dia terperangkap di antara peperangan yang dia sendiri tidak tahu dia berada di sebelah mana.
Filem ini sememangnya sebuah filem yang sangat futuristik dan kami pasti anda semua sudah lama mengidamkan filem seperti ini bukan? Tambah-tambah lagi apabila ia akan dibintangi oleh 3 orang selebriti yang sememangnya dikenali ramai.
Untuk pengetahuan, filem ini adalah filem remake kembali dari filem asal yang dilakonkan oleh Arnold Schwarnezegger sebelum ini. Menarik bukan?

Apa pun, mari kita tonton trailer filem ini dahulu!  





Tuesday, 3 July 2012

Pembunuhan kejam Junko Furuta


Siapa pernah dengar pasal Junko Furuta?? Budak Jepun yang kena bunuh dan kena seksa dengan dahsyatnya. Cerita ni dah lama dah. Tahun lepas famous gak cerita ni. Siap ada FB cerita pasal pembunuhan kejam dia lagi. Benda ni jadi tahun 1989. Budak ni kena culik, sepanjang hari dia kena culik tu dia kena seksa dan didera sangat-sangat teruk. Aku yang membacanya  pon boleh terbayang-bayang apa yang dia kena.Teruk sangat wehhh. Kejam gila orang yang seksa dia ni. Memang tak ada hati perut lansung.Ni penyeksaan yang dia pernah dapat :-

HARI PERTAMA: November 22, 1988: Diculik

Diculik.

Dirogol (lebih daripada 400 kali)

Kebuluran dan kekurangan nutrisi

Diberi lipas untuk makanan dan diberi air kencing sendiri untuk minuman

Dipaksa onani

Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya

Dicucuh dengan pemetik api

Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing


HARI KE SEBELAS: December 1, 1988: Dipukul dengan teruk berulang kali

Dipukul berulang-ulang kali

Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya

Tangan diikat ke siling dan badannya dijadikan punching bag

Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut

Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya

Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)

Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya

Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)

Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan


HARI KE 20: December10, 1989: Tidak dapat berjalan dengan betul akibat kaki telah dibakar 

Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki

Dipukul dengan buluh

Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan

Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan

Dipukul dengan kayu golf

Rokok dicucuh ke dalam kemaluan

Dipukul dengan batang besi berulang kali.

Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk

Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan


 HARI KE 30:

Lilin panas dititiskan ke muka

Kelopak mata dibakar dengan pemetik api

Dicucuk jarum di bahagian dada

Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar

Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan

Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting

Tidak boleh membuang air kecil dengan baik

Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas

Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk

Saiz otak mengecut

 

 HARI KE 40:

Merayu penyeksanya “bunuh lah aku dan biarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989:

Menyambut tahun baru bersendirian.

Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.

Tidak dapat bergerak daripada lantai.


HARI 44 (HARI KEMATIAN) January 4, 1989: 

Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.

Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam kesakitan.Kemudian mayatnya di konkritkan..


 Cerita ni diungkit balek sebab pembunuh-pembunuh yang bunuh dia ni tengah berlegar-legar sekarang. Patutnya kena hukum gantung je setan-setan ni. Tapi perundangan Jepun ni aku tak tahu lah macam mana,pembunuh nya dilepaskan. Setan-setan ni dikenakan hukuman duduk dalam penjara untuk beberapa tahun je.Yang paling lama 20 tahun meringkuk dalam penjara. Sekarang ni pembunuh-pembunuh tu semua mungkin dalam lingkungan umur 40 tahun. Ada antara pembunuh tu pulak ahli yakuza..

P/S : Walaupon kejadian nie berlaku kat Jepun..semua kaum hawa kat Malaysia nie kenalah berjaga-jaga..Kita tak tawu kan 'manusia yang bertopengkan setan'...so..BERHATI-HATI lah yerr..!!!


Cerita pasal Junko Furuta ni yg difilemkan. Tajuk nya "CONCRETE"