Friday 17 August 2012

Jauhi kekasih panas baran


KUALA LUMPUR: “Kalau ada perangai marah-marah atau bentuk keganasan ditunjukkan pasangan sebelum berkahwin, jauhilah insan seperti ini kerana anda menempah sengsara jika diteruskan,” kata pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.
Beliau berkata, individu normal tidak akan bertindak ganas terhadap pasangannya termasuklah mereka yang berstatus kekasih atau bertunang walaupun berdepan pelbagai dugaan akibat tekanan dihadapi, sebaliknya menghadapinya dengan tenang.

“Kalau dilihat dalam senario berlaku, sudah menjadi kebiasaan kekasih bertindak ganas dan kejadian pukul memukul semakin berleluasa. Bila sesuatu perhubungan itu ada kejadian ‘angkat tangan’, maka orang seperti ini patut dijauhi.
“Sebab itu, kalau nak diteruskan juga perhubungan, memang anda sendiri menempah sengsara bukan saja di dunia, malah di akhirat Saya anggap ia sebagai penyakit barah (perbuatan ganas terhadap kekasih) dan tidak mudah diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian tragis menimpa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkannya terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Mengulas lanjut, Mat Zaki berkata, teman lelaki anaknya itu terkenal dengan sikap panas baran dan kuat cemburu, malah pernah beberapa kali memukul mangsa hingga lebam sepanjang percintaan merekaselama setahun setengah.
Katanya, kejadian menimpa remaja berkenaan perlu dijadikan iktibar kerana Allah nak tunjukkan bahawa pasangannya tidak sesuai, selain tidak berbaloi jika diteruskan hubungan berkenaan.

“Kalau masa bercinta sudah menunjukkan belang inikan pula selepas perkahwinan,” katanya.

Menurutnya, Islam menganjurkan setiap umatnya memilih pasangan dengan memenuhi empat kriteria utama termasuk kecantikan, keluarga baik (keturunan), kekayaan (harta) dan agamanya.

“Empat kriteria itulah yang dipesan Nabi Muhammad dan menjadi asas sebelum mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, kita juga perlu mencari pasangan yang dapat memahami dan menerima diri kita seadanya, selain mampu bertolak ansur.

“Manusia Allah jadikan pasangannya berlainan perwatakan untuk kedua-duanya saling lengkap melengkapi. Kalau orang tergesa-gesa, pasangannya orang yang sabar. Pasangan yang suka buat sepah mendapat jodoh yang pandai kemas,” katanya.

Beliau berkata, pasangan yang bahagia adalah pasangan yang mendapat reda kedua ibu bapa, sebaliknya pelbagai masalah akan dihadapi sekiranya mereka tidak mendapat restu kedua-duanya termasuk menempah masalah dunia dan akhirat.

“Didapati 80 peratus pasangan yang tidak mendapat reda kedua ibu bapa mudah bercerai berai, manakala 20 peratus pasangan yang tidak mendapat restu ibu bapa kerana bukan kriteria pilihan atau bukan calon disukai,” katanya.


Thursday 16 August 2012

United finally get their Van man


MANCHESTER UNITED have agreed a deal with Arsenal to sign Robin van Persie. 

 

The transfer will be completed as soon as the Dutch striker passes a medical and agrees terms with United.
An official club statement said: "Manchester United are pleased to announce an agreement with Arsenal Football Club for Robin van Persie.
"The deal is subject to a medical and the agreement of personal terms. A further announcement will be made in due course."
Van Persie, 29, netted 37 goals in all competitions last term, 30 of which were in the Premier League.
His capture will be music to the ears of United boss Alex Ferguson, who has long been an admirer of the Holland international.

Wednesday 15 August 2012

Seram nehh !!

SUNDELBOLONG - Haa..yang nie punye cite rasanya ramai yang tawu kot..Pasal hantu yang berlubang kat belakang kembali menuntut bela diatas kematiannye..Abis pejahat-penjahat tu dibunuhnya dgn ganas..Last2 lepas suami die yg bru balik lua negeri tawu yang die da mati a.k.a jadi hantu sundelbolong dan jugk selepas misi membunuhnya selesai..dia pon kembali ke alam kubur..al-kisahnya la..hihi..tengok jgn tk tengok..

IT - Yang nie pnye jalan cite memang best..Ada dua episod..kisah yang pertama pasal sekumpulan budak-budak nie dihantui oleh hantu badut yang suka makan bebudak kat pekan tu.....sorang-sorang dibunuhnya..Part kedua lak budak-budak tadi tu dah besar dan dorang terpaksa berkumpul balik untuk menghapuskan syaitan badut tu yg semakin mngganas..
NIGHT OF THE DEMONS - Hantu seksi..tue je aku bleh ckp...hahaha..kisah pasal budak-budak wat party kat rumah tinggal..Dorang tak tawu lak rumah tu dah di huni oleh hantu yang dah lama tunggu mangsa..so ap lagi..sorang-sorang mampus..mcm bese..haha..layann.
BRAINDEAD a.k.a DEAD ALIVE - Pergghh...movie nie memng best giler..seram ada lawak pon ada...Memang kelakar la masa si hero bawak baby hantu jalan2 kat taman..haha..cm haramm..Al-kisahnya pasal mak hero nie dah trkena virus makhluk pelik then balik umh mati..Pakcik hero nie pulak memandai buat party kat umh hero nie..bila mendiang mak hero nie bngkit dari kematian..abis sume mampos dan mnjadi hantu..haha..tinggl lah si hero nie sorang bunuh hntu2 nie sume sbb nk selamatkn awek die..klau nk tengok darah bergelen-gelen kuar hah..nie la citernye...
   
EVIL DEAD - Movie nie pasal sorang mamat nie bawak kawan-kawan die pie brcuti kat satu kabin dlm kawasn pergunungan dlm hutan..Dorang tak tawu pulak 'kabin' tue dgn hutan-hutan tu sekali dah kena sumpahan syaitan selepas mantera dalam 'buku kematian' di baca..Selepas tu sorang demi sorang kawan-kawan die brtukar jadik syaitan termasuklah gf die sekali..memang seram,brutal tahap gaban cite nie...




 




Tuesday 7 August 2012

Van Persie tidak akan pilih City - Mancini



LONDON - Roberto Mancini kini sudah me- ngangkat 'bendera putih' dalam pemburuannya mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Robin van Persie.
Sebelum ini, van Persie dilaporkan menjadi pemain utama yang mahu dibeli pengurus Manchester City itu.
Ia bertujuan memperkuatkan cabaran City menghadapi saingan musim baharu Liga Perdana England yang akan bermula 18 Ogos ini.
Justeru, Mancini mahu segala perbincangan bagi membawa masuk penyerang Belanda itu ke Eastlands dimuktamadkan sebelum pintu perpindahan pemain ditutup hujung bulan ini.
Bagaimanapun, City berdepan persaingan yang hebat apabila musuh tradisi, Manchester United dan kelab gergasi Itali, Juventus turut berminat mendapatkan van Persie.
Menambahkan kesukaran, City kini bergelut dengan masalah untuk menjual dua penyerang sedia ada iaitu Emmanuel Adebayor dan Ro- que Santa Cruz sebelum kelab itu boleh membeli van Persie.
Ditanya mengenai perkembangan terkini bagi mendapatkan khidmat van Persie, Mancini berkata: "Tidak, saya tidak fikir dia akan beraksi bersama kami."
Selain van Persie, Mancini turut mengintai kelibat penyerang AS Roma, Daniele de Rossi dan Daniel Agger (Liverpool).
Dalam perkembangan lain, Mancini turut memberi bayangan bahawa penyerangnya, Edin Dzeko akan kekal di Eastlands.
Dzeko sebelum ini mengkritik polisi yang digunakan Mancini apabila dia sering kali diletakkan sebagai pemain simpanan sepanjang saingan musim lalu.
"Memang betul Dzeko tidak gembira kerana kerap berada di bangku simpanan. Namun, apabila beraksi bersama kelab besar seperti City, persaingan bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama adalah perkara biasa," kata Mancini. - Agensi

Silent Hill: Revelation 3D

Teaser Poster
 

Silent Hill: Revelation 3D is an upcoming American 3D horror film due to release on October 26, 2012. Written and directed by Michael J. Bassett, Revelation 3D is based on the survival horror video game Silent Hill 3 and a sequel to the horror film Silent Hill, which is an adaptation of the video game of the same name.As of February 2, 2012, the final theatrical mix for the film has been completed.
Revelation 3D's plot follows teenager Heather Mason, who discovers, on the eve of her eighteenth birthday, that her presumed identity is false and, as a result, is drawn to an alternate dimension existing in the fictional American town of Silent Hill. 

Cast

  • Adelaide Clemens as Heather Mason
  • Sean Bean as Christopher Da Silva
  • Kit Harington as Vincent
  • Carrie-Anne Moss as Claudia Wolf
  • Malcolm McDowell as Leonard Wolf
  • Radha Mitchell as Rose Da Silva
  • Deborah Kara Unger as Dahlia Gillespie
  • Martin Donovan as Douglas Cartland 

Monday 6 August 2012

Puisi Buatmu =)

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu. 

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Sayangku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta. 

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.  
 


Sejarah Berulang =(



Ok,semalam  aku tengok final battle antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan dekat TV. Boleh dikatakan, errr....  ni pada pendapat aku la, DLCW lebih banyak bertahan daripada menyerang kalau nak dibandingkan dengan Lin Dan.
Masa match pertama, DLCW lebih banyak control daripada menyerang. Tapi nasib menyebelahi DLCW kerana Lin Dan banyak buat mistake seperti bola out dan sangkut net. Tapi masa match pertama tu pun aku dah tengok, gila babeng punya dahsyat serangan Lin Dan terhadap Chong Wei. Match pertama dimenangi DLCW dengan mata 21 - 15.  

Masuk plak match yang kedua. Mungkin Lin Dan dah nampak dekat mana kesilapan dia tu, jadi dia cuba mengawal dari melakukan kesilapan lebih banyak lagi. Namun, Lin Dan tetap seperti dalam match yang pertama iaitu lebih banyak menyerang daripada control the game. Kali ni, aku tengok Lin Dan banyak kali buat jumping smash. Menjadi plak tu... Sampai senget-senget DLCW nak sambut bulu tangkis di smash oleh Lin Dan tu. Lin Dan kuasai markah dari awal permainan sampai la ke penghujung set kedua ni. Masa tu DLCW macam dah cuwak dan termengah-mengah sebab tengok Lin Dan kuasai set tu. Set kedua dimenangi oleh Lin Dan dengan mata 21 - 10. 
Masa set ketiga, DLCW banyak buat kesilapan. Aku tengok dia asyik placing bola ikut dannn dia je. Tapi DLCW juga banyak menyerang kali ni berbanding set-set sebelum ni. Tapi tu laaaahhh, bila dah penat, serangan tu seolah-olah macam tak berstrategi. Lin Dan masih bersemangat. Mungkin sebab dia tak nak digelar juara nasib baik All England gara-gara kecederaan DLCW  yang tarik diri dari perlawanan dulu. Maka, Lin Dan dah set dalam pala hotak dia, dia mesti menang battle kali ni. Masa set ketiga di tengah-tengah permainan, DLCW dah tercungap-cungap tapi tetap bersemangat tapi Lin Dan masih bertenaga dan bersemangat. Masa 10 minit set ketiga tu, masa tu lah Lin Dan kumpul mata bertubi-tubi. Semuanya mata daripada jumping smash yang dia buat. DLCW masa ketika itu lebih banyak defend dan main placing. Set ketiga dimenangi oleh Lin Dan dengan mata 21  - 19 .
Mungkin ni last game DLCW dan dia akan bersara. Apa-apa pun, salute to this person gak la, sebab bagi silver kat Malaysia. GO ! GO ! Dato !!!


Thursday 2 August 2012

Semanis Aroma Buffet Ramadhan

Jom Berbuka Disini



 
Ramadhan Buffet MAEPS@fb : Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini juga amat menarik dengan sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat seperti seperti Ayam Percik Negeri Sembilan, Daging Reneh bersama Sayur-sayuran, Ikan Salai Lemak Cili Api, Udang Sambal Petai, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Tomyam Seafood, Thai Green Curry, ‘Lo Han’ Vegetables, Lamb Mysoor, Tandoori Fish dan macam-macam lagi.

Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan.
 
satey...

kambing panggang terbaikkkk....


Perkara : Hidangan Buffet Ramadhan
Tempat : Dewan Banquet UPM
Dibawah kendalian : UPM Holdings
Tema : Semanis Aroma
Tarikh : 23 Julai – 17 Ogos 2012
Masa : 6 ptg – 10 malam
Harga : 
Dewasa 
RM 49.50 nett
 
Kanak² (7-12 tahun)
RM 24.50 nett 
 
Hidangan istimewa : Kambing panggang dan ikan panggang, setiap hari
Hidangan Hebat : BBQ Ayam, Ketam, Udang, Sotong, Ikan, Daging, Sosej dan banyak lagi
Info lain : Lebih 200 jenis makanan dan boleh menampung sehingga 1500 pax sehari
No Telefon : 012-3903191 / 012-3131091 / 012-3825091 / 012-3849091
 
 
 

JOM LAYANNNN....ZASSSSSSSSSS