En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam |
"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej 'wanita berbaju merah' itu kelihatan |
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.
No comments:
Post a Comment