Showing posts with label MisteRi. Show all posts
Showing posts with label MisteRi. Show all posts
Wednesday, 26 September 2012
Gambar Ikonik "The Fallingman" dan Penerjun WTC Yang Lain
Siapa lelaki ini?
Siapa ambil gambar ini
Apa yang difikirkan si lelaki disaat akhir hidupnya
Bila seseorang terjun dari WTC mereka akan mencapai kelajuan terminal 150 batu sejam. Masa yang diambil untuk terhempas ke tanah pula adalah lebih kurang 10 saat. Beberapa hari selepas 911 aku banyak mendengar orang berkata
"Kalau terjun dari ketinggian sebegitu aku rasa mati sakit jantung dulu sebelum mati berkecai"
I think this is utter bullshit. Most pictures and videos of jumpers I saw showed them flailing prior to turning into a pool of liquid. I think people who told the story above were just trying to comfort themselves. Believing that someone died before exploding like a watermelon would probably help you sleep easier than thinking about "what were the things these people were thinking in the last 10 seconds of the life"
Selepas dua pesawat menghentam sisi WTC kebakaran besar berlaku akibat kombinasi koktel minyak kapal terbang dan barangan pejabat. Dari laporan saksi, selama sejam setengah hinggalah kedua-dua menara ini roboh mangsa yang terperangkap mula terjun. Ada yang terjun berseorangan. Ada yang berpegangang tangan. Mereka terjun satu persatu menemui ajal mereka. Terjun kerana tidak tahan bahang api yang membakar. Terjun kerana sesak nafas kerana asap yang tebal. Aku tak boleh letak diri aku dalam situasi dimana aku perlu memilih how to die. Kamu boleh? Pilih mahu mati lemas, mati terbakar, mati dihimpap menara yang roboh atau terjun dan membunuh diri kamu dahulu sebelum 3 pilihan kematian yang aku katakan tadi tiba?
Kembali kepada gambar ikonik diatas. Gambar ini diambil oleh Richard Drew, seorang jurugambar Associated Press. Pada hari kejadian beliau sepatutnya mengambil gambar sebuah pertunjukan fesyen ibu mengandung. Setelah menerima panggilan dari bossnya beliau bergegas ke WTC dan membawa lensa 200MM sekali bagi merakamkan hari yang bersejarah ini. Beliau mula mengambil orang yang terjun dari bangunan. Dalam banyak-banyak gambar yang beliau ambil gambar diatas ialah gambar yang paling menarik perhatian beliau. Tidak seperti gambar pelompat lain mangsa didalam gambar diatas nampak tenang. Seakan menerima nasib dan ajal beliau. Fakta menarik tentang Richard Drew ialah beliau jugalah jurugambar yang mengambil gambar Senator Robert Kennedy selepas beliau ditembak oleh Sirhan Sirhan pada tahun 1968
siapakah mangsa dibawah? Pada awalnya beliau dikenal pasti sebagai Norberto Hernandez, seorang pekerja restoran yang berasal dari Puerto Rico. Tetapi selepas ahli keluarga Norberto yang diberikan beberapa keping lagi gambar yang diambil oleh Richard Drew, mereka menolak kemungkinan lelaki didalam gambar itu adalah Norberto. Identiti lelaki ini akhirnya dikenalpasti sebagai Jonathan Briley (43) seorang pekerja restoran Windows of The World yang berada di tingka 106 dan 107.Jonathan berasal dari New York dan mempunyai seorang isteri. Jasad beliau berjaya dikenal pasti oleh abang beliau melalui kasut dan baju berwarna jingga yang dipakainya. Kasut yang dipakai beliau kini diletakkan didalam garaj milik abang beliau sebagai memorial bagi Jonathan.
Sepuluh tahun sudah berlalu. Akhirnya dua persoalan yang muncul didalam kepala aku sedekad lalu terjawab. Satu sahaja soalan yang masih menjadi misteri dan tidak akan aku ketahui iaitu jawapan kepada apa yang difikiran Jonathan Briley beberapa ketika sebelum ajal.
Wednesday, 11 July 2012
ANNELIESE MICHEL/EMILY ROSE
☻Dia dikatakan telah dirasuk oleh 6 roh jahat yg dikenali sebagai roh² Judas Iscariot, Nero, Cain, Adolf hitler dan Valentin fleischmann (seorang paderi Perancis pada kurun ke 16) dan juga roh yg dikenali sebagai Lucifer (dikatakan sebagai syaitan).
☻Anneliese mati pada 1 Julai 1976. Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah daripada roh² jahat tersebut pada tarikh tersebut.
☻Peguambela memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yang pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan. Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.
☻Sebelum perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telah meminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dari daerah selatan Bavaria yang menyatakan dia telah mendapat visi yang menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan. Setelah 2 tahun ditanam, pada 25.2.1978, mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi² tersebut tidak dibenarkan melihat mayat berkenaan. Mayat tersebut dipindahkan ke dalam sebuah keranda yg lebih baik. Keadaan mayat tersebut tidak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab² yang tidak dijelaskan.
![]() |
Kisah emily yang telah difilemkan |
Tuesday, 3 July 2012
Pembunuhan kejam Junko Furuta
HARI PERTAMA: November 22, 1988: Diculik
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Diberi lipas untuk makanan dan diberi air kencing sendiri untuk minuman
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing
HARI KE SEBELAS: December 1, 1988: Dipukul dengan teruk berulang kali
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke siling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan
HARI KE 20: December10, 1989: Tidak dapat berjalan dengan betul akibat kaki telah dibakar
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan
HARI KE 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut
HARI KE 40:
Merayu penyeksanya “bunuh lah aku dan biarkan semuanya berakhir”
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.
HARI 44 (HARI KEMATIAN) January 4, 1989:
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam kesakitan.Kemudian mayatnya di konkritkan..
Cerita ni diungkit balek sebab pembunuh-pembunuh yang bunuh dia ni tengah berlegar-legar sekarang. Patutnya kena hukum gantung je setan-setan ni. Tapi perundangan Jepun ni aku tak tahu lah macam mana,pembunuh nya dilepaskan. Setan-setan ni dikenakan hukuman duduk dalam penjara untuk beberapa tahun je.Yang paling lama 20 tahun meringkuk dalam penjara. Sekarang ni pembunuh-pembunuh tu semua mungkin dalam lingkungan umur 40 tahun. Ada antara pembunuh tu pulak ahli yakuza..
P/S : Walaupon kejadian nie berlaku kat Jepun..semua kaum hawa kat Malaysia nie kenalah berjaga-jaga..Kita tak tawu kan 'manusia yang bertopengkan setan'...so..BERHATI-HATI lah yerr..!!!
![]() |
Cerita pasal Junko Furuta ni yg difilemkan. Tajuk nya "CONCRETE" |
Wednesday, 15 February 2012
Makhluk pelik
Aku teruja gak dengan berita baru-baru nie masuk berita dengan paper pasal rakaman makhluk aneh kat Rusia kalau tak silap..Makhluk nie seakan-akan macam ular anaconda tue..besar gak la..Tapi yang konfiusnye 'benda' nie berenang-berenang kat sungai yang diselaputi oleh ais..erm..pelik gak..Badannye kaler itam..Dari pandangan aku macam seekor cacing besar zaman dinasour dulu..Video nie dah kecoh la satu dunia..untung mamat yang rakam nie..hihi..check diz out..
Wednesday, 21 December 2011
MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI LEBUHRAYA GURUN, KEDAH
![]() |
En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam |
"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
![]() |
Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej 'wanita berbaju merah' itu kelihatan |
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.
Tuesday, 20 December 2011
GAMBAR HANTU
![]() |
yang ni seram! ni la di panggil jin hutan.. slumber jer dia perhatikan dorang ni... besar jugak jin ni.... |
![]() |
kat air terjun ni ada rupa orang la!!! fuh! seram giler... bahaya dorang yang mandi kat sini? silap-silap di bahamnye dek air terjun ni? eee... seram... |
![]() |
gambar ni aku ambil kat intenet,perhatikan pokok tue.. |
![]() |
hantu ni macam lawak plak? siap lambai tangan lagi? hahaha aduh... tapi apa-apa pun bagi aku seram jugak la.... hehehe |
![]() |
pergh!!! ni pun seram juger! korang cuba tengok kat pokok belakang dorang tuh!!! apa korang nampak? aku dah nampak dah dia tengah marah tuh.... |
![]() |
korang perasaan tak ada orang belakang dorang ni? sebelah kiri... rambut panjang! seram aku tengok... tapi kaler hitam jer... |
Misteri Penjara Pudu
![]() |
Penjara Yang Banyak Menyimpan Kisah Misteri |
![]() |
SEBAGAI tempat untuk menghukum penjenayah, entiti' 'Penjara Pudu adakalanya datang mengganggu. |
“AKU ingat kalau hangpa (kamu) kena ganggu macam ni, mau terkencing dalam seluar dan silap hari bulan boleh demam seminggu.” Begitulah kata-kata seorang warden penjara yang masih terngiang-ngiang dalam fikiran Ahmad Mohd. Jais saat dia melawat Penjara Pudu pada tahun 1996 selepas penjara itu dikosongkan.
Ahmad, 49, memberitahu, warden tersebut yang merupakan sahabatnya mendakwa, warden-warden penjara selalu menerima gangguan di pondok kawalan mereka bertugas.
“Di pondok kawalan inilah ramai warden yang bertugas pada waktu malam selalu menerima gangguan. Ada ketikanya kerusi dalam pondok kawalan ini terbang keluar seolah-olah dibaling atau dicampak keluar oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya,” kata Ahmad kepada Jurnal baru-baru ini.
Potret misteri
Penjara Pudu kini tinggal kenangan apabila tembok penjara berusia lebih 100 tahun di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur itu dirobohkan pada 21 Jun lalu.
Dalam tempoh lebih seabad, ramai banduan yang dihukum mati di Penjara Pudu termasuk penjenayah-penjenayah terkenal dalam lipatan sejarah negara. Dari 1960 hingga 1993 sahaja, seramai 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati.
Pada tahun 1996, Penjara Pudu ditutup manakala banduan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.
Seorang bekas penghuni Penjara Pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu. Ia tentang potret misteri.
“Ia berkisar tentang seorang banduan akhir iaitu panggilan untuk banduan yang akan dihukum mati.
“Dia banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum dia dihukum gantung. Warden memberitahu, lampu di bilik sel itu akan terpadam dan ia akan sentiasa gelap. Dalam kegelapan itu, potret itu akan bercahaya seolah-olah ia hidup.
“Banyak orang mengadu melihat bayang-bayang berkeliaran. Lebih menyeramkan, bilik sel itu berdepan dengan sel saya,” katanya yang mendakwa banduan akhir itu ialah seorang wanita.
Ada juga yang mendakwa bahawa potret wanita itu juga akan ‘menangis’ apabila hari penggantungan seseorang itu semakin hampir.
“Saya takut. Apabila warden itu ingin membawa kami melihat sel itu, empat orang rakan saya pergi tengok, saya sahaja tidak mahu tengok. Seram.
“Kawan-kawan saya beritahu memang betul kata warden tersebut. Dalam gelap, lukisan itu berkilauan dan menyeramkan. Mereka juga bercerita lampu tidak boleh dinyalakan di bilik tersebut, ia terus terpadam,” ujarnya kepada Jurnal.
Bermalam
Sementara itu, pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail yang pernah bermalam selama enam bulan di Penjara Pudu untuk menghasilkan tesis bertajuk Pudu Jail’s Graffity menceritakan pengalaman anehnya.
Kata Azril, antara bahagian penjara itu yang paling menarik ialah bilik gantung kerana ia menawarkan banyak ‘cerita’.
“Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakamkan satu garisan putih yang panjang dan melengkung. Bagi saya mustahil cahaya dapat dibengkokkan. Kalau hendak dikatakan ia asap, saya tahu sangat rupa kepulannya kerana saya seorang perokok.
“Saya bukan jenis yang gemar bercerita perkara-perkara mistik. Saya lebih suka kepada fakta dan akademik. Saya kemudian menghantar gambar itu untuk diteliti oleh pensyarah saya di Columbus College of Art & Design (CCAD) di Ohio, Amerika Syarikat.
“Mereka meminta saya untuk memeriksa peralatan tetapi tidak timbul masalah sama ada daripada kamera atau dalam proses mencuci gambar,” jelasnya kepada Jurnal tidak lama dahulu.
Azril berkata, kalau sudah bermalam di tempat begitu bukanlah suatu yang asing jika mendengar pelbagai bunyi dan gangguan.
“Keadaan lazimnya gelap. Saya pula mahu merakam gambar tanpa bantuan cahaya tiruan seperti flash kamera, sebaliknya menggunakan cahaya semula jadi. Jadi saya kena menanti lama untuk mendapatkan pencahayaan yang baik. Makan masa satu hingga dua jam setengah.
Jiran
“Dalam masa menunggu itu, saya rasa kepala saya diketuk sebanyak tiga kali. Seperti ada tangan yang mengetuk kepala saya.
“Kalau nampak bayang-bayang itu memang sudah biasa sangat. Sampai dah jadi normal bagi saya. Begitu juga dengan suara orang jerit melolong.
“Tapi saya tidak dapat tangkap apa yang disebut kerana bunyinya bergema,” ujar pensyarah di Jabatan Fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.
Selain itu, Azril juga mendengar bunyi lain seperti paluan beduk dua kali dan kakinya bagai dipeluk sesuatu ketika hendak memasuki bilik mayat.
Walaupun mempunyai kenangan seram di penjara itu, Azril menyatakan rasa duka-citanya kerana tembok dan kompleks Penjara Pudu itu dirobohkan.
“Ia satu seni bina ikon yang sungguh menarik dengan bentuk X. Saya mendapati ia mempunyai ciri persamaan dengan seni bina lama dari Perancis. Tapi masih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan kesahihannya,” katanya.
Seorang pekerja penjara juga mendedahkan kepada media baru-baru ini bahawa mereka disakat oleh bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara.
Jurnal juga cuba mendapatkan pandangan ‘jiran-jiran’ di sekitar Penjara Pudu tentang sejauh mana keseraman penjara lama itu.
Seorang penghuni rumah pangsa berdekatan yang telah mendiami kawasan itu selama 18 tahun menyatakan dia tidak banyak mendengar cerita seram penjara itu.
“Ada juga orang bercerita. Tapi saya biasa sahaja. Dari rumah saya boleh juga melihat penjara itu tetapi tidak ada banyak peristiwa aneh.
“Pernah jugalah macam terdengar suara orang minta tolong. Entahlah,” katanya yang dikenali sebagai Faris yang kelihatan seperti gelisah untuk bercerita.
Seorang pekerja keselamatan di sebuah stesen pengangkutan awam berdekatan memberitahu selama 15 tahun dia berkhidmat di situ, tidak ada cerita aneh yang didengarnya.
“Berdasarkan pengalaman saya, stesen ini tidak ada. Tetapi kalau stesen lain banyak cerita,” ujarnya.
Monday, 19 December 2011
Raksasa 21 kaki panjang ditangkap
![]() |
Penduduk mengerumuni buaya yang dipercayai telah membunuh seorang nelayan |
Usaha menangkap buaya berkenaan diketuai seorang pemburu buaya, Rollie Sumiller, dilakukan berikutan beberapa kejadian serangan buaya dan kehilangan seorang nelayan.
Bagaimanpun menurut Rollie, "Kita tidak benar-benar pasti jika buaya ini yang mengganas, kerana telah pernah kelihatan buaya lain di kawasan itu," katanya kepada AFP.
Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!- Satu Penemuan Baru Di Dunia!
Semasa membuka website Yahoo.Com tadi,terperasan ada perkataan Sea Monster dibahagian "Trending Now".Entah apa yang dimaksudkan Sea Monster ini.Ingatkan filem baru ke apa,rupanya-rupanya ada penemuan baru di China.
Bangkai 'Raksasa laut' berukuran 55 kaki telah dijumpai dihanyutkan sehingga di pantai di China. Makhluk yang sudah berkeadaan reput teruk itu tidak boleh dikenal pasti dan menurut laporan juga Sea Monster ini sekurang-kurangnya seberat 4.5 tan.
Agak-agaknya Sea Monster ini datang dari mana?dan apa sebenarnya Sea Monster ini?Dah macam ikan paus je aku tengok…hehe..
Wednesday, 7 September 2011
Hantu Dalam Trak Bomba...ngeee..!!
KUALA LUMPUR-Seorang pemandu peribadi,Rozaidi Ahmad,42,terkejut dengan kemunculan imej misteri didalam gambar yang dirakamkannya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka baru-baru ini...Menurutnya,imej tersebut menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang diambil menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu..
Wednesday, 27 July 2011
The Amityville Horror
Rumah Hantu AmityVille
Pada Desember 1975, George dan Kathleen serta anak-anak mereka pindah ke sebuah rumah di 112 Ocean Avenue, sebuah rumah besar bergaya kolonial Belanda di Amityville, sebuah lingkungan di pinggiran kota di selatan Long Island, New York.
Tigabelas bulan sebelum keluarga Lutz pindah, Ronald DeFeo, Jr., pemilik sebelumnya, telah menembak mati enam anggota keluarganya di rumah itu. Setelah 28 hari keluarga Lutz tinggal dirumah itu, mereka mulai merasakan hal-hal aneh dengan rumah tersebut.
Pada mulanya, George dan Kathy Lutz tidak merasakan hal yang aneh dengan rumah mereka. Namun kemudian, mereka merasa bahwa “masing-masing merasakan ada 'sesuatu' berada didalam rumah mereka”.
Sebagian dari pengalaman keluarga Lutz diuraikan sebagai berikut:
- George selalu terbangun sekitar pukul 03:15 setiap paginya, dan kemudian keluar ke rumah tempat penyimpanan kapal. Waktu tersebut diperkirakan adalah waktu dimana DeFeo membunuh anggota keluarganya.
- Rumah mereka selalu diganggu oleh segerombolan lalat di setiap musim dingin.
- Kathy mendapat mimpi buruk tentang pembunuhan dan saat dimana ia melakukan persetujuan pembelian rumah tersebut. Anak-anak mereka juga mulai tertidur dengan terlungkup, posisi yang sama saat mayat DeFeo ditemukan.
- Kathy merasakan seolah-olah “sedang dipeluk” dengan penuh kasih oleh suatu kekuatan yang tidak terlihat.
- Kathy menemukan sebuah ruang kecil yang tersembunyi (sekitar empat kaki) di belakang basement. Dindingnya bercat merah dan ruangan itu tidak tampak didalam denah rumah. Ruangan itu kemudian dikenal dengan nama “The Red Room”. Ruangan ini memiliki pengaruh terhadap anjing mereka Harry, yang selalu menolak untuk mendekat dan selalu berjongkok seolah-olah merasakan sesuatu yang negatif.
- Ada udara dingin, bau parfum dan kotoran didalam rumah, dimana tidak terdapat saluran udara atau jalur bagi sumber tersebut.
- Putri mereka yang berumur lima tahun, Missy, mengisahkan teman imaginasinya yang bernama “Jodie” yang memiliki mata yang sangat merah.
- George selalu dibangunkan oleh bunyi bantingan pintu depan. Ia akan segera ke lantai bawah dan menemukan anjing mereka tertidur dengan suara keras didepan pintu. Tidak ada orang lain yang mendengar suara itu kecuali dia.
- George mendengar apa yang diuraikan sebagai “Marching band Jerman” atau suara seperti radio yang tidak di setel dengan frekuensi yang tepat. Namun ketika ia ke menuju lantai bawah, suara gaduh akan berhenti.
- George disadari bahwa ia memiliki kemiripan kuat dengan Ronald DeFeo, Jr., dan mulai bermabukan di The Witches’ Brew, bar dimana DeFeo adalah salah seorang pelanggannya.
- Ketika memeriksa tempat penyimpanan kapal pada suatu malam, George melihat sepasang mata merah yang sedang memperhatikan dia dari jendela kamar tidur Missy. Ketika ia pergi keatas untuk melihatnya, ia tidak menemukan apa-apa. Kemudian disimpulkan bahwa itu adalah “Jodie”.
- Ketika ditempat tidur, Kathy mendapatkan bekas merah didadanya disebabkan oleh suatu kekuatan tak terlihat, dan ia diangkat sekitar dua kaki dari tempat tidurnya.
- Kunci, jendela, dan pintu rumah dirusakkan oleh suatu kekuatan yang tak terlihat.
- Terdapat belahan kuku binatang yang besar di salju yang kemudian dihubungkan dengan seekor babi besar pada 1 Januari 1976.
- Dari dinding aula dan lubang kunci dari pintu kamar bermain yang ada di loteng keluar lumpur yang berwarna hijau.
- Sebuah salib 12 inchi yang digantung Kathy di kamar kecil ditemukan terpasang terbalik dan menyemburkan bau.
- George tersandung oleh sebuah keramik singa Tiongkok yang memiliki tinggi sekitar empat kaki, yang kemudian meninggalkan bekas gigitan pada salah satu mata kakinya.
- George membayangkan melihat Kathy berubah menjadi seorang wanita tua yang berumur sekitar 90-an, dengan rambut terpacak, muka dengan kerutan dan berbentuk buruk, dan air liur yang menetes dari mulutnya yang terbuka....'pertengahan Januari 1976, dan setelah usaha pemberkatan yang dilakukan oleh George dan Kathy, mereka mengalami kejadian yang kemudian menjadi malam terakhir mereka berada di rumah itu. Keluarga Lutz menilai bahwa segala kejadian yang terjadi sebagai sesuatu yang sangat menakutkan,.
KaRaK HighWaY
Misteri Di Lebuhraya Karak
Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”
“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.
Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.
“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”
“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.
Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.
“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.
“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.
Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.
Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.
Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.
Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.
Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.
Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.
Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.
Monday, 25 July 2011
The World's Most Mysterious Places
Berikut merupakan tempat yang dikatakan mempunyai pelbagai kisah-kisah aneh dan misteri. Hingga kini, manusia belum dapat merungkai sepenuhnya lagi misteri yang terdapat di tempat-tempat tersebut. So, apa lagi? Jom selongkar tempat-tempat yang didakwa merupakan tempat paling misteri di dunia.
TOP #5 - STONEHENGE
Stonehenge merupakan sekumpulan batu misteri yang disusun menjadi bentuk bulatan di sebuah daerah yang bernama Ushpur di England. Setiap batu-batu tersebut mempunyai ketinggian dan bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Tiada sesiapa pun tahu siapa dan apakah tujuan Stonehenge ni dibina. Adakah tempat ni dijadikan kompleks mahkamah, kuil, pusat pemerintahan atau mungkin aktiviti UFO? Tiada siapa yang tahu..
TOP #4 - XINJIAN
Kawasan ini merupakan kawasan yang tidak diduduki oleh penduduk dan digelar "Moguicheng" yang juga bermaksud "Kota Syaitan". Beberapa istana tinggalan yang ada di kawasan ini sering mengeluarkan bunyi yang tidak jelas dari mana terhasilnya bunyi tersebut. Kalau korang datang kat sini pada hari berangin, korang akan terdengar bunyi seperti bayi menangis, ngauman singa dan salakan serigala. Kiranya, kalau sape-sape yang mahu privasi, bolehlah datang kat kawasan sunyi + sepi + seram nih..
TOP #3 - SEGITIGA BERMUDA
Kawasan yang menganjur dari Florida, Bermuda dan Puerto Rico yang membentuk sebuah segi tiga ini menyimpan kisah hitamnya tersendiri. Kawasan ini juga digelar "Devils Triangle" kerana hampir kebanyakan pesawat terbang dan kapal yang melintasi perairan ini akan hilang begitu sahaja tanpa apa-apa kesan. Peralatan dan alat komunikasi kapal dan pesawat juga akan terganggu apabila melalui kawasan ini atas sebab yang tidak diketahui. Pakar ada menyatakan teori medan magnetik, ombak gadang serta penglibatan UFO yang menyebabkan perkara ini terjadi.
TOP #2 - PIRAMID MESIR
Mesir adalah salah satu tempat yang paling misteri dan ajaib di planet ini. Negara ini mempunyai lebih dari 80 piramid yang tersebar di sepanjang sungai Nil. Setiap piramid bersaiz sekitar 100 meter, yang diperbuat daripada batu raksasa yang beratnya mencapai 100 tan setiap satu. Sampai sekarang, legenda mengenai piramid masih mengundang misteri dan teori tersendiri kepada para pengkaji. Di antara semua piramid, Piramid Khufu adalah yang tertinggi. Semua piramid dibina hanya ditumpuk satu di atas batu lain, tanpa bantuan alatan lain. Isu tentang teknik pembinaan yang digunakan juga masih belum terjawab hingga ke hari ini. Jadi jika korang memang sukakan misteri, Piramid Mesir akan menjadi "padang permainan" yang betul-betul misteri bagi korang.
TOP #1 - PULAU EASTER
Pulau ini terletak di antara Tahiti dan Chile, yang juga merupakan antara tempat terpencil di dunia. Pulau ini meraih populariti antarabangsa kerana patung gergasi yang luar biasa berbentuk wajah manusia. Setiap patung berketinggian dari 5 hinnga 30 meter , mempunyai berat sekitar 75 tan, diperbuat daripada batu gunung berapi, dan merupakan karya masyarakat Rapa Nui. Samapi sekarang, tidak ada sesiapun yang tahu akan kaedah pembinaan patung-patung unik ni. Ada juga spekulasi yang menyatakan bahawa penduduk di situ mendapatkan bantuan teknologi UFO untuk menyiapkan patung-patung tersebut memandangkan manusia pada masa itu hanya mempunyai teknologi yang primitif. Namun, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap sepenuhnya.
Konklusinya, dunia ini memang menyimpan misterinya yang tersendiri. Kalau korang nak discover perkara misteri tu, sila lah berkunjung ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas. Bak kata host misteri nusantara, "Jangan biarkan hidup anda... dikelilingi misteriii...."
UFO's ^_^
Tahun 1947 adalah tahun UFO. Pada tahun itu, 5 tahun setelah pertempuran militeri Amerika dengan UFO yang dikenal dengan sebutan insiden "The Battle of Los Angeles", dua peristiwa penting bermulanya era UFO di dunia, yang pertama adalah jatuhnya UFO di Roswell, dan yang kedua adalah perjumpaan pilot Kenneth Arnold dengan UFO.
Pada 24 June 1947, seorang pengusaha bernama Kenneth Arnold sedang terbang dengan pesawat kecilnya untuk membantu mencari pesawat lain yang hilang sebelumnya. Saat itu Ia terbang agak rendah di atas pegunungan di Washington. Ketika ia sedang mengamat-ngamati pemandangan dibawahnya, ia melihat kilatan-kilatan cahaya aneh memancar di ujung matanya.
Dalam karirnya sebagai pengusaha dan sekaligus pilot, Arnold belum pernah melihat benda terbang seperti itu. Ia memperkirakan objek-objek itu bergerak pada ketinggian 9.500 hingga 10.000 kaki dari bumi.
Arnold sempat melihat jamnya ketika objek-objek itu terbang dari puncak Ranier ke puncak Adams. Dari situ, ia menghitung kecepatan terbangnya dan mendapatkan angka 1.200 mph. Kecepatan yang mustahil untuk sebuah pesawat pada era tersebut.
"Kelihatannya mustahil," Katanya, "Namun objek itu ada disitu...Aku percaya kepada mataku."
Pada saat Arnold diwawancara oleh Bill Bequette dari AP News wire, ia berkata,"Mereka terbang dengan gerakan aneh seperti gerakan sebuah piring ketika engkau lempar di permukaan air."
Bill segera memuat hasil wawancara itu dengan menggunakan istilah piring terbang untuk mendeskripsikan bentuk objek tersebut.
Dan era piring terbang pun dimulai.
Sebenarnya Arnold tidak pernah mengatakan bahwa objek tersebut berbentuk piring terbang, malah ia mengatakan bahwa objek tersebut lebih mirip sebuah bumerang. Ia menggunakan istilah piring untuk mendeskripikan gerakan objek tersebut. Salah penyebutan ini malah membuat piring terbang semakin dikenal.
Militeri Amerika yang menerima laporan Arnold pada awalnya mengabaikan insiden itu. Namun karena kisah itu menyebar luas di seluruh Amerika, maka militer harus menenangkan situasi. Pada tanggal 7 July, Sebuah pertemuan mendadak diadakan untuk menentukan respon atas penampakan itu.
Pertemuan tanggal 7 July tersebut sangat berdekatan dengan insiden jatuhnya UFO di Roswell yaitu pada tanggal 8 July 1947. Karena itu, desas desus beredar bahwa insiden Roswell mungkin terjadi pada tanggal 7 July 1947, bukan 8 Juli dan pertemuan itu adalah salah satu respon darurat terhadap insiden itu.
Walaupun kisah Arnold yang luar biasa tertutupi oleh Insiden Roswell, namun perjumpaan ini dianggap sebagai salah satu tonggak sejarah dalam era piring terbang di dunia. Dari 800 laporan penampakan UFO di tahun 1947, perjumpaan Arnold dianggap sebagai yang paling penting....
Misteri Raksasa "LOCH NESS"
Seorang ahli bedah dari Inggris, Robert Kenneth Wilson,telah berjaya menangkap foto “Monster Loch Ness” seperti terlihat pada foto dibawah yang dikenal juga sebagai “Nessie” yaitu konon mahluk yang hidup bersembunyi di kedalaman air danau “Loch Ness”. Lokasi danau “Loch Ness” ini berada di wilayah Utara Skotlandia, Inggris.
-
Menurut penuturan Wilson, pada tanggal 19 April 1934 ketika ia sedang memandu keretanya mengelilingi danau, ia menyaksikan sesuatu objek yang bergerak di permukaan air danau. Ia menghentikan keretanya dan segera mengambil foto. Hasil fotonya menampakkan gambar leher panjang mirip leher seekor ular naga yang muncul di permukaan air danau.
-
Foto yang dikenal dengan julukan “The Surgeon’s Foto” (surgeon = ahli bedah) ini, selama 60 tahun telah menjadi tanda tanya masyarakat dunia sampai akhirnya pada tahun 1994 terungkap bahwa foto “Monster Loch Ness” yang telah menjadi lagenda ini adalah palsu ! Ternyata foto itu adalah foto mainan kapal selam yang di atasnya ditempel mainan ular naga laut (bentuk leher memanjang).
-
Dan ternyata pula, bukan Wilson yang membuat dan memfoto mainan tersebut. Adalah seorang yang bernama Christian Spurling yang membuat mainan itu. Pengakuan ini dungkapkan oleh Spurling (berumur 90 tahun) menjelang kematiannya.
-
Spurling menjelaskan lebih lanjut, bahwa ia telah dilibatkan oleh seorang pengumpul mainan bernama Marmaduke Wetherell (ayah tirinya), dan kemudian melibatkan Wilson, Asal mulanya, Wetherell, ayah tirinya itu, ingin membalas dendam terhadap orang-orang yang telah mengejeknya atas penemuan jejak “Nessie” di samping danau (jejak ini ternyata adalah jejak buatan dari kaki kuda nil yang dikeringkan).
-
Kemudian Wetherell menghubungi Spurling dan memintanya untuk membuatkan mainan kapal selam yang di atasnya ditempel mainan ular naga. Model mainan ini kemudian difoto di permukaan air danau “Loch Ness” dan hasil fotonya diserahkan kepada Wilson yang bertugas sebagai penyebar foto palsu ini agar bisa dipercaya oleh masyarakat luas.
-
Kisah tentang Nessie diawali oleh sebuah deskripsi dalam naskah kuno dari abad ke-7. Dalam sebuah catatan tentang rohaniawan Kristen berjudul “Life of St Columba” tulisan Adamnan, ada satu penjelasan mengenai sesosok monster di Danau Loch Ness.
-
-
Disebutkan pada tahun 565, rohaniawan St Columba menolong orang-orang Suku Pict (penduduk Skotlandia Kuno) yang tiba-tiba diserang makhluk air raksasa saat berlayar di danau “Loch Ness”. Dengan membaca doa dari daratan, St Columba berhasil mengusir makhluk tersebut.
-
-
Sejak itu, tak ada penjelasan lagi soal Nessie, tetapi ia tetap dibicarakan hingga penghujung tahun 1800-an. Lalu di tahun 1930-an, isu kemunculan Nessie kembali ramai diberitakan. Hal ini sehubungan dibukanya jalan raya di sekitar danau yang memudahkan pelancong dan orang ramai melintasi kawasan danau yang memiliki panorama indah itu.
-
Subscribe to:
Posts (Atom)