Showing posts with label LiFe. Show all posts
Showing posts with label LiFe. Show all posts

Friday, 17 August 2012

Jauhi kekasih panas baran


KUALA LUMPUR: “Kalau ada perangai marah-marah atau bentuk keganasan ditunjukkan pasangan sebelum berkahwin, jauhilah insan seperti ini kerana anda menempah sengsara jika diteruskan,” kata pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.
Beliau berkata, individu normal tidak akan bertindak ganas terhadap pasangannya termasuklah mereka yang berstatus kekasih atau bertunang walaupun berdepan pelbagai dugaan akibat tekanan dihadapi, sebaliknya menghadapinya dengan tenang.

“Kalau dilihat dalam senario berlaku, sudah menjadi kebiasaan kekasih bertindak ganas dan kejadian pukul memukul semakin berleluasa. Bila sesuatu perhubungan itu ada kejadian ‘angkat tangan’, maka orang seperti ini patut dijauhi.
“Sebab itu, kalau nak diteruskan juga perhubungan, memang anda sendiri menempah sengsara bukan saja di dunia, malah di akhirat Saya anggap ia sebagai penyakit barah (perbuatan ganas terhadap kekasih) dan tidak mudah diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian tragis menimpa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkannya terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Mengulas lanjut, Mat Zaki berkata, teman lelaki anaknya itu terkenal dengan sikap panas baran dan kuat cemburu, malah pernah beberapa kali memukul mangsa hingga lebam sepanjang percintaan merekaselama setahun setengah.
Katanya, kejadian menimpa remaja berkenaan perlu dijadikan iktibar kerana Allah nak tunjukkan bahawa pasangannya tidak sesuai, selain tidak berbaloi jika diteruskan hubungan berkenaan.

“Kalau masa bercinta sudah menunjukkan belang inikan pula selepas perkahwinan,” katanya.

Menurutnya, Islam menganjurkan setiap umatnya memilih pasangan dengan memenuhi empat kriteria utama termasuk kecantikan, keluarga baik (keturunan), kekayaan (harta) dan agamanya.

“Empat kriteria itulah yang dipesan Nabi Muhammad dan menjadi asas sebelum mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, kita juga perlu mencari pasangan yang dapat memahami dan menerima diri kita seadanya, selain mampu bertolak ansur.

“Manusia Allah jadikan pasangannya berlainan perwatakan untuk kedua-duanya saling lengkap melengkapi. Kalau orang tergesa-gesa, pasangannya orang yang sabar. Pasangan yang suka buat sepah mendapat jodoh yang pandai kemas,” katanya.

Beliau berkata, pasangan yang bahagia adalah pasangan yang mendapat reda kedua ibu bapa, sebaliknya pelbagai masalah akan dihadapi sekiranya mereka tidak mendapat restu kedua-duanya termasuk menempah masalah dunia dan akhirat.

“Didapati 80 peratus pasangan yang tidak mendapat reda kedua ibu bapa mudah bercerai berai, manakala 20 peratus pasangan yang tidak mendapat restu ibu bapa kerana bukan kriteria pilihan atau bukan calon disukai,” katanya.


Monday, 21 November 2011

..:: Penyakit Perasan Bagus ::..

Pernah tak Anda dengar frasa perasan bagus? Bagi saya, itu boleh disamakan dengan temberang, menunjuk-nunjuk, riak dan memebesarkan diri..Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya selangkah demi selangkah..Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!!

Tuesday, 25 October 2011

Years from Now :(

Hidup nie kan dah macam drama tv pulak..ada macam-macam manusia yang kita jumpa..ada yang sanggup susah senang dengan kita,ada pulak yang depan baik tapi belakang kutuk-kutuk kita,..Susah nak ramal hati manusia nie,..Tuhan je tawu...Jatuh bangun,susah senang kita takde siapa yang tahu,..Memang luaran nampak macam happy go lucky jer,tapi dalaman??..Erm..Aku selalu fikir,macam mana la hidup aku 10 tahun akan datang,,hidup lagi ke,,kawen dah ke,,ada anak ke,,bahagia ke,,tak ke,,ntah,..Tapi benda pertama yang paling aku takot ialah ketiadaan ibu bapa,..memang aku tahu,semua insan akan merasainya,..tapi aku takot nak fikir bnda tue,..sebab aku terlalu sayangkan kedua ibu bapa aku,.rasenya kalau dorang tkde ntahlah..bleh jadi gila aku,..bukan aku tak bleh trime takdir tapi aku cuma tak sanggup kehilangan ibu bapa aku...Biar aku pergi dulu pon takpe...urm..Aku hanya mampu mendoakan agar hidup aku bahagia dikemudian hari,..InsyaAllah,..

Saturday, 8 October 2011

Aktiviti Hari Sabtu 8/10/11

Hari ini..bajet nak pie kua jalan-jalan dengan kawan2 hangout happy hour tgk wyg ke,lepak makan2 ke,tapi akhirnya ditugaskan untuk datang ofis sbb nak update 5S..(watever)..ku malas sbenarnye nak wat..kannye ape.ku kn kje as 'kuli' ni bnyak yang suh tolong nie,tolong tue,pning kepala ku tawu tk..terkejar2 nak puaskan ati sume orang,..yang 1 pihak mintak  fail jerr..yang sebelah lg 5ssss...Last2 yang kena marah aku....Aku bukannye nak lari dari tugas aku ke apa..cuma aku cuba wat yang terbaik bgi kedua2 pihak..Tapi ada gak yang fikir ku lari dari tugas..pape jela..

Tuesday, 2 August 2011

MAKSUD SYAITAN DIRANTAI DAN DIBELENGGU DALAM BULAN RAMADHAN

Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda: Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.
al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw :
Maksudnya : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)
Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :
Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”
Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :
Maksudnya : “Maka dibuka pintu-pintu rahmat.”
Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka.
Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”
Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab :
“Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong/menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”
Wallahu a’lam.

Tuesday, 12 July 2011

Yes..yess..and yess!!

Korang penah tengok movie nie tak??citer YES MAN lakonan Jim Carrey...watak citer nie ada persamaan dengan diri aku la yang sentiasa say YES to everythings...Ntahla..ku sendiri pon xpaham,,..kenapa susah sangat ku nak say NO..kadang-kadang ku fikir-fikir balik..pasal ayat nie la ku selalu kena "buli" ngn pegawai ofis aku yang sorang nie..AsaL mintak tolong je aku la orangnya yang akan dicari..abis aku kena berjalan kulu kilir sebab nak tolong mempercepatkan kerja die punye pasal..(kalau berjalan dari putrajaya dah sampai sungai besi ku rasa).haiih..kadang-kadang macam kerja tak ikhlas pon ada...Pape pon ku redha jela..al-maklumlah..kita nie kan pekerja bawahan je...Pasni nak belajar say NO pulak la..mana tawu ada perubahan..hahahaha..(gelak setan)..!!

Friday, 8 July 2011

SiNgLe..^_^

As I always understood it, "being single" meant you weren't in an exclusive relationship with someone else. In other words, you don't have romantic feelings or attachment for another person at that time...just think of the word single. i means, being alone, solo. if you are dating someone, but they aren't your bf or gf, then you are still single! i have this one friend who thinks that you are only single if you don't have a gf, and you don't like anyone, or want to have one! if you are a secret admirer, then you are DEFINATLEY still single. so in other words, if you call them your girlfriend, then you are not single, but if you dont have someone to call a gf, then you are!

Tuesday, 5 July 2011

HuManOidS...(@_@)..Aku TaK PaHaM BeToi..!!

Manusia nie kan..ad macam2 jnis yang aku da jumpa..ada yang cakap nak up je..(mksudnye..jnis yg kire sume perkara die bagus la)..ada yang keje nak bahan orang je..(yg nie ku pelik cikit..kta xbahan die..tp die keje nk bahan a.k.a kutuk kita je)..tp yg paling ku xsuka skali..jnis manusia yg lupa kawan....maksudnya :-time sorng2,xde kwn..ada masalah...kta la tmpt mngadu..tmpt mintk prtolongn..tp ble da kenai rmi org..da bnyk member baru,,kta "DiLUPAKAN" terus.....AKU TAK PAHAM BETOi...tp nk wat cne..da lumrah manusia mmg cmtue..lantak nyela...xmampos pon aku klau xd org2 cmnie kt sekeliling aku pon.......ku jaga diri aku jela lagi baekkk!!!