Thursday 20 September 2012

Kanavos : Telefon Pintar WP8

Windows Phone 8 ialah sistem operasi mobil terkini dari Microsoft. Ianya bakala memudahkan integrasi antara laptop, tablet ataupun desktop sekiranya anda menggunakan Windows 8 kelak. Kebanyakkan telefon pintar WP8 yang bakal dikeluarkan kelihatan menarik dengan warna-warna garang. Di dalam pasaran telefon yang dipenuhi telefon bewaran gelap, telefon Windows 8 yang bakal dijual panstinya akan stand out from the crowd. Keunikan sistem operasi WP8 ialah ianya menggunakan antaramuka grid yang kemas. Ini berbeza dari antaramuka IOS dan juga Android.

Alexandros Stasinopoulos seorang pereka industri dari Greece menghasilkan KANAVOS, sebuah konsep telefon WP8 yang melakukan integrasi sistem grid pada antaramuka WP8 dengan rekaan fizikal telefon ini sendiri. Hasilnya ialah rekaan telefon pintar yang menarik pada pandangan kami. Rekaan ini lebih logikal berbanding kebanyakkan telefon pintar WP8 yang lain. Kami berharap pihak Nokia akan mengambil rekaan Alexandros Stasinopoulos dan menjadikannya realiti. We will definitely buy it. Perfecto!  





No comments:

Post a Comment