Monday 19 December 2011

Raksasa 21 kaki panjang ditangkap

Penduduk mengerumuni buaya yang dipercayai telah membunuh seorang nelayan
Seekor buaya raksasa seberat melebihi 1 tan telah ditangkap oleh penduduk kampung di sebuah daerah terpencil di selatan Filipina. Berukuran 6.4 meter (21 kaki) panjang dan seberat 1,075 kilogram (2,370 paun), buaya ini dikatakan buaya terbesar pernah ditangkap hidup sehingga kini.

Usaha menangkap buaya berkenaan diketuai seorang pemburu buaya, Rollie Sumiller, dilakukan berikutan beberapa kejadian serangan buaya dan kehilangan seorang nelayan.

Bagaimanpun menurut Rollie, "Kita tidak benar-benar pasti jika buaya ini yang mengganas, kerana telah pernah kelihatan buaya lain di kawasan itu," katanya kepada AFP.

No comments:

Post a Comment