Wednesday 23 November 2011

300 : Battle Of Artemisia

This is Spartaaaaaa! Masih ingat lagi laungan ini? Filem 300 bakal ke pawagam tidak lama lagi dengan filem sekuel terbaru yang sudah diberi tajuk ’300 : Battle Of Artemisia’.
Filem sekuel ini juga bakal diberikan nafas baru oleh pengarah bernama Noam Murro setelah pengarah asal, Zack Snyder mengundurkan diri. Menurut sumber, jalan cerita kali ini turut memaparkan kisah pada tahun yang hampir sama dengan filem sebelum ini. Cuma kali ini, lebih menarik kerana ada ura-ura mengatakan bahawa peranan utama akan diberikan pada pelakon wanita.
Sejauh mana masih belum dapat dipastikan siapakah aktress yang bakal dipilih, namun Joel Edgerton sudah menjalankan proses pemilihan untuk memegang watak Themistocles. Watak-watak yang dibawakan oleh Gerard Butler dan juga Rodrigo Santoro pun masih belum dipastikan samada masih dipegang oleh mereka atau tidak.
Jalan cerita ini bermula apabila Artemisia yang membenci orang Yunani cuba menghasut Xerxes untuk melancarkan perang terhadap bangsa Yunani. Bukan Xerxes saja, Artemisia juga berjaya mempengaruhi Themistocles tentang niat jahatnya itu. Bukan orang yang bodoh, Themistocles turut mempunyai rancangannya yang tersendiri.
Jadi,.pasti ramai peminat yang tidak sabar untuk menanti filem terbaru ini keluar kan? Kita nantikan pengumuman penggambarannya dimulakan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment