Filem terbaru lakonan Colin Farrell, Kate Beckinsale dan Jessica Biel
ini mengisahkan tentang peperangan antara 2 pihak di Bumi. Konflik
menjadi semakin serius apabila seorang lelaki bernama Douglas Quaid
(Colin Farrell) yang hanya seorang pekerja kilang telah mengunjungi
sebuah pusat yang mampu menanam implan memori artifisial yang boleh
mengikut kehendak hidup yang diinginkan si pengguna. Namun, Quaid
menjadi semakin sangsi apabila selepas menjalani pembedahan implan
memori tersebut, dia terperangkap di antara peperangan yang dia sendiri
tidak tahu dia berada di sebelah mana.
Filem ini sememangnya sebuah filem yang sangat futuristik dan kami
pasti anda semua sudah lama mengidamkan filem seperti ini bukan?
Tambah-tambah lagi apabila ia akan dibintangi oleh 3 orang selebriti
yang sememangnya dikenali ramai.
Untuk pengetahuan, filem ini adalah filem remake kembali dari filem
asal yang dilakonkan oleh Arnold Schwarnezegger sebelum ini. Menarik
bukan?
Apa pun, mari kita tonton trailer filem ini dahulu!
No comments:
Post a Comment