Monday 6 August 2012

Sejarah Berulang =(



Ok,semalam  aku tengok final battle antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan dekat TV. Boleh dikatakan, errr....  ni pada pendapat aku la, DLCW lebih banyak bertahan daripada menyerang kalau nak dibandingkan dengan Lin Dan.
Masa match pertama, DLCW lebih banyak control daripada menyerang. Tapi nasib menyebelahi DLCW kerana Lin Dan banyak buat mistake seperti bola out dan sangkut net. Tapi masa match pertama tu pun aku dah tengok, gila babeng punya dahsyat serangan Lin Dan terhadap Chong Wei. Match pertama dimenangi DLCW dengan mata 21 - 15.  

Masuk plak match yang kedua. Mungkin Lin Dan dah nampak dekat mana kesilapan dia tu, jadi dia cuba mengawal dari melakukan kesilapan lebih banyak lagi. Namun, Lin Dan tetap seperti dalam match yang pertama iaitu lebih banyak menyerang daripada control the game. Kali ni, aku tengok Lin Dan banyak kali buat jumping smash. Menjadi plak tu... Sampai senget-senget DLCW nak sambut bulu tangkis di smash oleh Lin Dan tu. Lin Dan kuasai markah dari awal permainan sampai la ke penghujung set kedua ni. Masa tu DLCW macam dah cuwak dan termengah-mengah sebab tengok Lin Dan kuasai set tu. Set kedua dimenangi oleh Lin Dan dengan mata 21 - 10. 
Masa set ketiga, DLCW banyak buat kesilapan. Aku tengok dia asyik placing bola ikut dannn dia je. Tapi DLCW juga banyak menyerang kali ni berbanding set-set sebelum ni. Tapi tu laaaahhh, bila dah penat, serangan tu seolah-olah macam tak berstrategi. Lin Dan masih bersemangat. Mungkin sebab dia tak nak digelar juara nasib baik All England gara-gara kecederaan DLCW  yang tarik diri dari perlawanan dulu. Maka, Lin Dan dah set dalam pala hotak dia, dia mesti menang battle kali ni. Masa set ketiga di tengah-tengah permainan, DLCW dah tercungap-cungap tapi tetap bersemangat tapi Lin Dan masih bertenaga dan bersemangat. Masa 10 minit set ketiga tu, masa tu lah Lin Dan kumpul mata bertubi-tubi. Semuanya mata daripada jumping smash yang dia buat. DLCW masa ketika itu lebih banyak defend dan main placing. Set ketiga dimenangi oleh Lin Dan dengan mata 21  - 19 .
Mungkin ni last game DLCW dan dia akan bersara. Apa-apa pun, salute to this person gak la, sebab bagi silver kat Malaysia. GO ! GO ! Dato !!!


No comments:

Post a Comment