Tuesday, 7 August 2012

Van Persie tidak akan pilih City - Mancini



LONDON - Roberto Mancini kini sudah me- ngangkat 'bendera putih' dalam pemburuannya mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Robin van Persie.
Sebelum ini, van Persie dilaporkan menjadi pemain utama yang mahu dibeli pengurus Manchester City itu.
Ia bertujuan memperkuatkan cabaran City menghadapi saingan musim baharu Liga Perdana England yang akan bermula 18 Ogos ini.
Justeru, Mancini mahu segala perbincangan bagi membawa masuk penyerang Belanda itu ke Eastlands dimuktamadkan sebelum pintu perpindahan pemain ditutup hujung bulan ini.
Bagaimanapun, City berdepan persaingan yang hebat apabila musuh tradisi, Manchester United dan kelab gergasi Itali, Juventus turut berminat mendapatkan van Persie.
Menambahkan kesukaran, City kini bergelut dengan masalah untuk menjual dua penyerang sedia ada iaitu Emmanuel Adebayor dan Ro- que Santa Cruz sebelum kelab itu boleh membeli van Persie.
Ditanya mengenai perkembangan terkini bagi mendapatkan khidmat van Persie, Mancini berkata: "Tidak, saya tidak fikir dia akan beraksi bersama kami."
Selain van Persie, Mancini turut mengintai kelibat penyerang AS Roma, Daniele de Rossi dan Daniel Agger (Liverpool).
Dalam perkembangan lain, Mancini turut memberi bayangan bahawa penyerangnya, Edin Dzeko akan kekal di Eastlands.
Dzeko sebelum ini mengkritik polisi yang digunakan Mancini apabila dia sering kali diletakkan sebagai pemain simpanan sepanjang saingan musim lalu.
"Memang betul Dzeko tidak gembira kerana kerap berada di bangku simpanan. Namun, apabila beraksi bersama kelab besar seperti City, persaingan bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama adalah perkara biasa," kata Mancini. - Agensi

No comments:

Post a Comment