Bila orang tanya saya apa topik paling besh untuk dibincangkan semasa bersama kawan kawan, saya akan jawab cerita bola sepak. Kalau tuan tuan puan puan yang mengajukan soalan tersebut pada saya, jawapan saya sudah pasti bercerita tentang pasangan terutama awek awek. Sesuai dengan tajuk bukan? Teruna dara. Ehem! Ehem!
Sudah menjadi kepastian bagi kita, apabila bertemu kawan kawan tak kira di mana jua asalkan ada masa dan ruang mesti ada topik yang hendak dibincangkan. Topik yang dimaksudkan mungkin yang telah dirancangkan dan mungkin juga topik yang terlintas dalam fikiran kita. Kejadian ini berlaku apabila bertemu kawan kawan lama yang sudah lama tidak bersua muka.
Berbalik pada tajuk kita kali ini, topik utama yang menjadi kegilaan remaja untuk dibincangkan ketika bersama kawan kawan. Bila bercakap tentang isu ini sudah semestinya banyak benda yang boleh dikongsikan bersama kawan kawan tetapi di sini saya ingin menulis hanya untuk lima topik utama sahaja. Yang selebihnya tuan puan boleh tambah di bahagian komen. Sebelum tuan puan bagi komen dan pendapat, izinkan saya menulis dahulu. Hehe!
1. Topik berkaitan kehidupan seharian
Bercerita dan berkongsi tentang kehidupan seharain dengan kawan kawan memang manis. Kehidupan seharian yang saya maksudkan termasuklah khabar dan aktiviti seharian mereka. Topik ini lagi manis sekiranya bersembang dengan kawan yang sudah lama kita tak jumpa. Menang banyak benda yang boleh dikongsikan.
2. Topik berkaitan dunia sukanBila bercakap tentang sukan sudah semestinya orang akan fikir tentang bola sepak. Untuk lebih spesifik bola sepak eropah iaitu epl. Memang tidak dinafikan, masa yang diluangkan di kedai mamak tidak mencukupi untuk bercerita satu persatu tentang bola sepak. Kadang kadang topik ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati apabila kawan anda bercerita yang bukan bukan mengenai pasukan kegemaran anda. Perlu ingat, bola sepak boleh menyebabkan kawan menjadi lawan. Lelaki atau perempuan? Yang mane sesuai bercerita tentang topik ini. Bagi saya semuanya sama, apa yang kita lihat sekarang ini remaja perempuan pun dah ramai bercerita tentang bola sepak, siapa idola mereka dan siapa pemain yang paling kacak pada pandangan mereka.
3. Topik berkaitan gosip
Saya rasa semua orang suka akan topik ini. Setuju atau tidak? Itu terpulang pada anda. Biasalah manusia, memang tak dapat dipisahkan dengan gosip. Lagi lagi remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan keadaan semasa. Gosip di sini kalau nak di bahaskan memang tak akan habis. Gosip scandal menjadi kegilaan bagi remaja terutama mereka yang tengah mabuk bercinta. Kisah curang, u jump i jump hangat diperkatakan dengan kawan kawan.
4. Topik berkaitan bisnes
Dunia sekarang, bukan sahaja mereka yang bekerjaya sahaja suka bercakap mengenai topik ini semasa bersama kawan kawan, malahan para remaja juga gemar meluangkan masa bersama sama untuk berbincang tentang topik ini. Sepanjang pemerhatian saya, sudah ramai remaja masa kini suka berdikari. Berdikari bermakna dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk memastikan perkara ini berjalan dengan lancar, bisnes adalah jalan terbaik bagi remaja untuk memajukan diri sendiri. Kawan kawan adalah orang yang paling dekat untuk mendapatkan sesuatu pendapat tentang perkara yang mereka lakukan itu. MLM adalah bisnes yang paling ketara para remaja lakukan sekarang.
5. Topik berkaitan pasangan (pakwe dan awek)
Kisah cinta memang tak dapat dipisahkan dengan kehidupan remaja. Bila berjumpa kawan kawan, mesti topik ini tidak dilupakan. Setuju? Kalau setuju anda adalah salah seorang daripada mereka yang suka sembang mengenai cinta. Mana taknya, lepak kedai mamak dengan tujuan asal untuk menonton bola sepak dan disebabkan seorang awek lalu depan mata topik tadi terus bertukar. Dan dari saat ini, bermulalah debat sehinggakan mereka yang tiada teman lelaki/perempuan pun mengaku mempunyai pasangan bagi mengelakkan mereka ditertawa kawan kawan. Dunia oh dunia!
Lima topik ini tidak memadai untuk dibincangkan tetapi cukuplah untuk satu artikel yang mana tuan puan boleh berkongsi pendapat dan pengalaman dengan orang lain. Persoalan untuk tuan puan, ada tak remaja sekarang meluangkan masa bersama kawan kawan untuk bercerita tentang dunia politik? Saya rasa cukuplah warta perdana sahaja memaparkan hampir 20 minit secara purata tentang politik.
malas aku nak baca...panjang sgt...komen terus jer senang...kekekekkee
ReplyDelete